iKetupat KTV
   
  About Us  
 
 
 
 
Tagwords
 
 
 
 
 
About Us
 
Selamat Datang Ke i-Ketupat Family KTV (Karaoke)
 
Nyanyian merupakan satu bentuk hobby atau satu aktiviti istirehat yang meredakan stress. Lazimnya kebanyakkan Karaoke mungkin tidak sesuai bagi golongan Remaja yang bawah umur oleh kerana suasana yang kurang sihat dan tidak halal. Maka ini akan menghalang satu peluang bagi golongan tersebut untuk berhibur secara sihat semata-mata sebab sifat amalan perniagaan.
 
Oleh itu I-KETUPAT FAMILY KTV (KARAOKE) ialah satu destinasi yang megamalkan Hiburan Sihat Sekeluarga Tanpa Minuman Keras dan layanan GRO. Ia merupakan satu tempat yang bersesuaian bagi seluruh masyarakat dan keluarga untuk berhibur tidak mengira umur, tanpa Minuman Keras, tanpa layanan GRO dan berhibur dalam suasana ` Bebas Rokok.
 
Visi Kami
 
Untuk menjadi pengendali yang paling terkenal dalam bidang hiburan (karaoke) keluarga yang berkonsep halal di Malaysia melalui system pengurusan kami yang berkualiti.
 
Misi Kami
 
Untuk memastikan kewujudan kami dirasai seluruh negara tanpa berkompromi dengan prinsip dan konsep hiburan kita Hiburan Sihat Sekeluarga.
 
 
 
 
Tujuan i-Ketupat Family KTV (Karaoke) ditubuhkan
 
1. Hiburan yang Sihat Tanpa Minuman Keras dan layanan GRO.
2. Bersifat Pendidikan dan bersifat interaksi
3. Sesuai untuk semua lapisan golongan Remaja dan Seisi Keluarga
4. Mengcungkil Bakat Baru dalam bidang seni suara.
5. Berhibur dalam keadaan suasana yang selamat dan terkawal.
 
 
Kenapa pilih i-Ketupat Family KTV (Karaoke)
 
Harga
 
1. Rendah dan berpatutan.
2. Destinasi Nilai Patut.
 
Rekabentuk
 
1. Moden, cantik dan menyegarkan
2. Bersih dan selesa